Wednesday, July 02, 2008

Perempuan Memang Tak Guna ( ye ke..?)

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetapbergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelakiJAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar laranganAllah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadarkemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilahyang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgnmemakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangitetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapasahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahubahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yangdisekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaiansaudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelakiatau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakahsanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepadakita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahansyaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehinggamenutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatanuntuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seoranglelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengantegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yangsakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika auratmaka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslahdalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelakisehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengangaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orangyang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkankebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnyaseperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanitamelalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannyamelainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) keranasemestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkankepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secarabersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya diabersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajahanda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah ygtidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnyajala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakaitudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkanmahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarangperlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian jugadengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna danpengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

credits to: http://merobah-massa.blogspot.com

For the original author..I really salute on the idea. Creative!

No comments: