Tuesday, July 01, 2008

Apa ada dengan MANGKUK TINGKAT ?

Believe it or not, now we can have our lunch-in-delivery packing in mangkuk tingkat..!
Bukan lunch jer, dinner pun ader..

Take a look:
http://www.mangkuktingkat.com/02/index.html



Even, i haven't tried the service yet, but i would like to promote it to all of u, becoz :

Mangkuktingkat.com adalah satu program bagi membekalkan sajian makanan tengahari atau malam untuk mereka yang inginkan penjimatan disamping diet yang seimbang serta berkualiti.

Disamping itu ianya bertujuan membantu suri rumah yang tidak bekerja yang bertindak sebagai pembekal kepada Program Mangkuk Tingkat. Dengan cara ini mereka boleh mendapatkan sumber kewangan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

~ selain kita x perlu lg keluar pejabat berpanas, berhujan, nak cari parking lagi ( plus minyak pun skrg dah naik..huhuhu)


Coverage area:

Selangor, Putrajaya, KLIA dan Lembah Kelang, Pulau Pinang. Pada bulan Ogos 2008 nanti Mangkuk Tingkat akan memulakan operasinya di Johor Bahru.


Kelebihan Mangkuk Tingkat :
  • Ia telah lama diperkenalkan dan digunakan oleh pelbagai bangsa di Malaysia, malah luar negara juga.

  • Kesegaran dan kualiti makanan terjamin kerana bersifat kedap udara bagi pengekalan suhu yang lama dan mengelakkan makanan supaya cepat terkontaminasi

  • Penggunaan mangkuk tingkat dapat mengelakkan barah kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik (polisterin) polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunaanya terhadap unsur kimia seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates' . VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah

  • Dengan menggunakan mangkuk tingkat kos dapat dikurangkan berbanding dengan penggunaan bekas makanan pakai buang

Ciri2 kebersihan dalam penyediaan sajian :

Pihak pengurusan MangkukTingkat.com sentiasa memastikan Pembekal memenuhi syarat-syarat sebagai penyedia sajian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahap kesucian sajian yang disediakan pembekal:

Kami dari masa kesemasa akan melakukan lawatan penyeliaan terhadap premis pembekal. Selain dari itu kami akan memastikan bekalan bahan mentah datangnya dari sumber yang tidak meragukan.

Semua Pembekal dan pembantu mereka adalah terdiri dari orang yang berugama Islam.

Penyeliaan kualiti oleh Islamic Manufacturing Practice


Diuruskan oleh Yayasan Pembangunan NurHikmah, which is:

"Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ditubuhkan dalam tahun 2006 dibawah Akta Syarikat Malaysia. Memberikan bantuan dalam bentuk sokongan moral dan material seperti keperluan harian dan pendidikan. Menjadi penaung kepada lebih 200 orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar di 6 pusat jagaan di seluruh Malaysia."


No comments: