Saturday, July 26, 2008

Istimewanya Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan
hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan
baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah
dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70
hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan
orang yang
takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar
ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka,
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan
anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000
tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan
ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia
dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya. "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka
jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung
diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
"Jadi, janganlah
sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang
membuat seseorang
lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi
meletakkan wanita
setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.




PinkUngu : ~ Thanx to G`aH for the info.. (^_^)v

No comments: