Tuesday, April 10, 2007
HAIR DYE CANCER ALERT
Saintis sedang mengkaji tahap bahaya pencelup rambut "hair dye" yang menjadi kegilaan orang Melayu sekarang ini. Yang paling membimbangkan mereka yang menggunakan pencelup rambut setiap empat ke enam minggu. Yang merunsingkan saintis ialah dua bahan yang terdapat dalam pencelup rambut iaitu para-phenylenediamine dan tetrahydro-6-nitroquinoxaline. Bahan kimia ini telah terbukti mendatangkan kemusnahan pada kandungan genetik dalam badan, dan mengakibatkan kanser pada haiwan. Ini bukanlah pertama kali bahaya mengenai pencelup rambut ini diketengahkan, yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit saraf "arthritis" dan mendatangkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Satu kajian telah dijalan di University of Southern California dimana mereka mengenal pasti wanita yang menggunakan pencelup rambut sekurang-kurang sekali setiap bulan adalah tiga kali ganda risiko mereka akan menghadapi kanser pembuluh darah. Seramai 13,600 orang disahkan menghidapi kanser pembuluh darah di UK pada setiap tahun yang membunuh 4,850 orang. Kepada kita orang Melayu yang mengaku Islam, bersyukurlah kepada Allah yang telah memberikan kita rambut hitam yang cantik. Sekiranya kecantikan kurniaan Allah ini diubah-ubah , maka kita sendiri yang mengundang musibah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment