Tuesday, September 18, 2007
Lelaki Ini ~ Anuar Zain
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
Tuesday, April 10, 2007
Tips Maintain Badan
Subject: FW: (cube le pd yg perlu...)
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O"
tanpa gula setiap pagi boleh mengawal berat badan
anda. Insyaallah jika anda mengamalkannya,
berat badan anda akan berkurangan.
memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan
spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal
mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
setiap pagi.Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca
doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara
dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah
dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
menegah kita makan ikan bersama susu di kuatiri
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi
ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan
ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan
dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu
juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzime sejenis alat percerna
makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
“Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah
tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.”
Wallahu'alam
HAIR DYE CANCER ALERT
Saintis sedang mengkaji tahap bahaya pencelup rambut "hair dye" yang menjadi kegilaan orang Melayu sekarang ini. Yang paling membimbangkan mereka yang menggunakan pencelup rambut setiap empat ke enam minggu. Yang merunsingkan saintis ialah dua bahan yang terdapat dalam pencelup rambut iaitu para-phenylenediamine dan tetrahydro-6-nitroquinoxaline. Bahan kimia ini telah terbukti mendatangkan kemusnahan pada kandungan genetik dalam badan, dan mengakibatkan kanser pada haiwan. Ini bukanlah pertama kali bahaya mengenai pencelup rambut ini diketengahkan, yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit saraf "arthritis" dan mendatangkan kecacatan pada bayi dalam kandungan. Satu kajian telah dijalan di University of Southern California dimana mereka mengenal pasti wanita yang menggunakan pencelup rambut sekurang-kurang sekali setiap bulan adalah tiga kali ganda risiko mereka akan menghadapi kanser pembuluh darah. Seramai 13,600 orang disahkan menghidapi kanser pembuluh darah di UK pada setiap tahun yang membunuh 4,850 orang. Kepada kita orang Melayu yang mengaku Islam, bersyukurlah kepada Allah yang telah memberikan kita rambut hitam yang cantik. Sekiranya kecantikan kurniaan Allah ini diubah-ubah , maka kita sendiri yang mengundang musibah.
Tuesday, March 20, 2007
"Woman without her man is nothing"
Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her
man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan
tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.
Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat
itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat
itu dibaca seperti berikut:
"Woman, without her man, is nothing"
Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki.
Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.
Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang
hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda
bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
"Woman! Without her, man is nothing"
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata
tertumpu kepada profesor.
"Well,"kata profesor itu."You can be what you want to be."
Lalu keluar meninggalkan dewan.
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata
profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be. Maknanya
daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya.
Pilihan pada diri kita. Kalau woman without her man is nothing dibaca dengan
nada yang selamba tanpa intonasi tertentu, hasilnya berbentuk negatif bagi wanita.
Tetapi apabila dibaca sebagai
"Woman! Without her, man is nothing".
Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.
Petikan buku Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia",111-112
Tantra Totem ~ ntah..i wonder what does it mean..
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2.Rasa hormat kepada orang lain;
3.Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.