Tuesday, March 20, 2007

"Woman without her man is nothing"


Suatu  hari  seorang  profesor  menulis  ayat  "Woman without her 
man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan
tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.
Seorang  pelajar  lelaki  tampil dan setelah merenung-renung ayat 
itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat
itu dibaca seperti berikut:
                     "Woman, without her man, is nothing"                 
Usaha  pelajar  lelaki  ini  mendapat  sorakan semua pelajar lelaki. 
Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.
Kemudian  tampil  seorang  pelajar perempuan. Dia mengerling kepada  semua yang
hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda
bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
 "Woman! Without her, man is nothing"                   
                                                                            
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata
tertumpu kepada profesor.
"Well,"kata  profesor  itu."You  can  be  what  you  want to be."
Lalu keluar meninggalkan dewan.
                                                                            
Apa  yang  boleh  kita  pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi  kata-kata  
profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be. Maknanya
daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya.
Pilihan pada diri kita. Kalau woman without her man is nothing dibaca dengan
nada yang selamba tanpa intonasi tertentu, hasilnya berbentuk negatif bagi wanita.
Tetapi apabila dibaca sebagai
    "Woman!  Without  her,  man  is  nothing".  
Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.                                                         
                                                                            
    Petikan  buku Dr  HM  Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia",111-112 

Tantra Totem ~ ntah..i wonder what does it mean..

I received this from my colleague..good info to share with u all..

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2.Rasa hormat kepada orang lain;
3.Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.



KEDUAPULUH SATU


Ada ketikanya anda perlu bersendirian.