Monday, January 09, 2012

Baby recipe - Macaroni yogurt with fruits

Kadang2 NIA susah nak makan..


But she never rejected this:  


Macaroni yogurt with fruits


Bahan2:


1. Half cup of macaroni


 2. Plain yogurt (cap marigold sangat sedap!) - 2 @ 3 sudu besar

3. Mango

4. Banana

5. Papaya



Penyediaan:


1. Rebus macaroni sampai empuk dan toskan.
2. Buah-buahan di potong dadu. Kalau baby dah boleh kunyah, boleh tambah epal, pear sekali.
3. Campur semua bahan.
4. Sedia untuk dimakan.


Note:
Boleh juga tukar kepada fruits flavor yogurt yg lain. But for me, plain is the best!
Selain yogurt bole juga tukar kepada Calciyum.
Macaroni juga boleh tukar pada jenis pasta yang lain.
Sesuai utk baby yang dah pandai kunyah.


*pic source: Google

Thursday, June 10, 2010

Usah Risau Jika Belum Berpunya

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tak terhgga. Bg para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya krn mungkin Allah ingin bg ketenangan dulu buat anda utk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redhashj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam.

1st Thing 1st:
  • Ijazah
  • Kerjaya
  • Berbakti kpd Ibu Bapa
  • Berumah Tangga


Sumber:
Fatimah Syarha Mohd Noordin.
SOLUSI, Isu No. 2, pg 62

PinkUngu: Pelik, walaupun tiap hari dikhabarkan di media massa, namun anak remaja itu x serik2 utk mengikut buah hatinya kahwin lari. Kerana chenta la kononnya. Penyudahnya org lain yg bersusah payah menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga kembali akibat kepayahan hidup ditempat org. Itu belum kira lagi yg sanggup bersusah payah lari dari rumah, mengikut teman lelaki yg kononnya mahu sehidup semati, namun di pertengahan jalan dia dirogol, dijual, malah dijadikan hamba tebusan, maka musnah sudah masa depan..
Cintakah itu?
Berbaloikah segala pengorbanan?
Susah benarkah berfikir dengan rasional sblm membuat keputusan?
Tanpa Iman, Ada Apa Dengan Cinta?

Monday, August 24, 2009

Teladan perangkap tikus

Dari inbox admin,kredit kepada penulisnya

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lumbu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh
engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


kredit : http://isuhagat1.blogspot.com/2009/08/teladan-perangkap-tikus.html

Friday, July 31, 2009

Albukhary International University




Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk terus mengejar impian ..
Namun empunya semangat yang tinggi utk terus berjuang mengubah masa depan..
War-war kan..


keterangan lanjut : http://www.aiu.edu.my

Thursday, July 16, 2009

Promote! : Mee Bandung Kedah - Manjaa...


PinkUngu nak promote produk baru. (Sori ek, PinkUngu x dpt komisyen pun.. just giving an options to those out there..). Mee ni PinkUngu dpt dr PinkUngu punya Babah (Kawan Babah yg dok bisnes Mee ni..). Dia lebih krg megi yg kita selalu makan tu..Act., it is not really kind of new things, sbb sblm ni PinkUngu pernah tgk Agro pun ader bwk kuar produk mcm ni. Cuma yg ni..
  • 100% produk Muslim
  • Tiada bahan pengawet
  • Tiada Asid Borik (Kalo nak test, letak sedikit kunyit pada mee basah anda & jika warna mee itu bertukar warna merah, maksudnya ada kandungan asid borik la tu..)
  • Tiada bahan Ajinomoto dsb.

Mee Bandung Kedah cap Manjaa..

(Harap maap kualiti gamba krg memuaskan..Ada sapa2 nak sponsor digi-cam? Ahaks!!)

Penerangan:
Manjaa..
MEE
BANDUNG Kedah
Nikmati Tanpa Was-was, Halal, Suci, Lebih Yakin
Instant Noodles
RM1.50, Berat Bersih: 70gm, Muslim Products - Made in Malaysia, Buatan Malaysia, Halal MALAYSIA

* Taburkan bawang goreng, cili potong & sedia dihidangkan

Diusahakan oleh : GHURABA' ENTERPRISE
1510, Kg. Memali, 09100 Baling, Kedah
H/p: 019-424 2597


Cawangan : 1788 B, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar, Kedah.


Penerangan:
Bahan Mi
Tepung Gandum, Telur, Garam, Pewarna yg dbenarkan

Bahan Perencah
Kacang tanah, cili, udang kering, gula, garam & tepung jagung

Cara Guna
  1. Larutkan perencah "Mee Bandung Manja" dalam sedikit air
  2. Panaskan 2.5 cawan air, masukkan bahan perencah dan biar mee mendidih
  3. Apabila cukup kembang mee, boleh angkat & hidangkan

*Utk tmbh selera masukkan sebiji telur, sayuran & perahan limau. Keistimewaan mee Manja ini, ianya tiada bahan pengawet, asid borik dan bahan ajinomoto @ seumpamanya.
Pengguna boleh tambah sendiri seabrang perisa /garam ikut selera sendiri

100% Produk Muslim

Komen : Bagi tekak PinkUngu rasa dia not bad la, kalo nak compare mcm original mee bandung yg kak limah masak kat gerai depan tu mmg le x 100% sama.. Sama la kalo kita mkn Megi tomyam & nak compare rasa dia ngan makan Mee Tomyam kat Restoran Thai Seafood tu..X adil kan? Tp overall rasa dia just nice la..plus kita leh modify lagi kot2 nak tmbh garam @ any other rencah yg selalu ader dlm mee bandung..
Tp, Encik Suami kata, mee bandung ni sedap giler ..hahaha, nak tau betul ke tidak, try ler sendiri...

Selain mee bandung, ada gak mee kering.




Penerangan:
CARA PENYEDIAAN MEE -
  1. Masukkan air panas mendidih
  2. Rendam mee selama 3 minit
  3. Toskan Mee
  4. Sedia utk dimasak

Bahan-bahan: Tepung Gandum, garam, telur, kondisional & pewarna yang dibenarkan

Sesuai utk semua masakan Mee
UTK KUALITI MEE, JGN RENDAM TERLALU LAMA

Baik utk keluarga
Berat bersih 250gm

Sunday, April 26, 2009

Ayuh Malaysia!!

Br2 ni PinkUngu nmpk klip lagu ni kat TV3.

What a song!

Lirik yg penuh makna!

Ayuh Malaysia!



SATU SUARA

Verse A

Mengapa kita berbeza [ANDY FLOP POPPY]

Ku tahu hatimu dipolusi benci [ANDY FLOP POPPY]

Kita harus bersama [DAYANG]

Aku, kau mereka, memahami, kompromi [DAYANG]

Verse B

Kita satu komuniti, satu arah destinasi [AIZAT, EZLYNN, DINA]

Hey generasi muda, usah kau bersendiri [AIZAT, EZLYNN, DINA]

Kita punya satu hati, satu cita satu jiwa [ANDY, DAYANG]

Kau aku dan mereka, kita satu nama [HANNAH,ANDY,DAYANG,RESH,AIZAT,EZLYNN]

Chorus [ALL SINGERS]

Dengan satu suara,

kita serupa, walau berbeza

Genggam semangat waja

Dan langkah bersama

Dalam rentak padu yang sama

RAP: ENGLISH [BALAN]

It’s the B to the E to the L I A
Let’s keep our head up for better days
Do walk hand in hand if you understand
The message is to be together in this motherland

Verse A

Where is the love that used to shine [DINA]

In this darkest hour, we’re gonna be just fine [DINA]

So let the love shines in your soul [RESH]

This revolution is gonna be our destiny call [RESH]

Verse B

Dalam satu suara, kita tiada bezanya [EZLYNN, ANDY]

Nyanyi lagu yang sama, rentak sekata [EZLYNN, ANDY]

Dengan satu suara, kita janji menjaga [DAYANG, AIZAT]

Kau, aku dan mereka, kita satu nama [DAYANG, AIZAT, ANDY, EZLYNN, RESH]

Repeat Chorus [ALL SINGERS]

Dengan satu suara

Kita serupa, walau berbeza

Genggam semangat waja

Dan langkah bersama

Dalam rentak jiwa yang sama

Bridge

Sekiranya ku jatuh, terus bangunkan aku [ANDY,SOFAZ,AIZAT,EZLYNN,BUNKFACE,S.SCREAM]

Dan aku lakukan yang sama untukmu [ANDY,SOFAZ,AIZAT,EZLYNN,BUNKFACE,S.SCREAM]

Kau, aku dan mereka [DAYANG,DINA,ANDY,AIZAT,EZLYNN]

Dalam satu irama, dalam satu cinta [DAYANG,DINA,ANDY,AIZAT,EZLYNN]

RAP: TAMIL [BALAN]

eethu un valkai, un pathei, un eerthukaalam
(this is your life, your path and your future)
otremei veedum kai kodhe nadeethe vaa
(unity is needed, come walk hand in hand)
naalai maadrum un nadeetheyil
(tomorrow’s changes is in your path)
en thola yen paala kuraalyil?
(my friend, why do it with different voices?)

RAP: KANTONIS [POINT]

我地国家应该一条心

(Our country should be one heart and one soul)

生活过得好, 最紧要我地大家开心

(Our lives are good and our happiness is important)

我地马来西亚社会真係惦

(Our Malaysian society is great)

无论遇到乜野困难, 我地一齐可以搞惦

(Whatever problems we face we can sort it out together)

Repeat Chorus [2X] [ALL SINGERS]

PRODUSER: JAMIL WILSON

KOMPOSER : JAMIL WILSON

LIRIK: NORM AIDID

Penyanyi : DAYANG NURFAIZAH, RESHMONU, ANDY FLOP POPPY, DINA IDOL, AIZAT, HANNAH TAN, POINT POETIC AMMO, BALAN KLG SQWAD, AMIR SOFAZ, SAM BUNKFACE, EZLYNN

Gitar: JAMIL WILSON

Bass : PACAI

Tabla : PRAKASH KANDA SAMY

Drum : UJANG

Seruling: MOHAR

Jurutera Rakaman : BILLY ONG

MIXING : GREG HENDERSON


Lyrics source: http://qdetactive.wordpress.com/2009/04/01/satu-suara-satu-komuniti/